Itu perasaan bekas juara Akademi Fantasia (AF), Sufi Rashid apabila mendakwa kereta dipandu tiba-tiba dirempuh sebuah kenderaan lain dari arah kanan dalam kemalangan di Sri Hartamas di sini, kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Tidak mengalami kecederaan serius, Sufi yang dalam perjalanan ke salun rambut di pusat perniagaan komersial itu, terpaksa membatalkan acara persembahan yang sepatutnya dijayakan petang tadi, berikutan kemalangan itu.
"Saya fikir mahu pergi ke salun rambut sebelum membuat persembahan di sebuah acara pada jam 5 petang.

SUFI Rashid. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KEADAAN kereta milik Sufi AF yang dilanggar sebuah kenderaan lain di Sri Hartamas, petang tadi
"Namun, semua yang dirancang tak menjadi apabila tiba-tiba kereta dipandu dilanggar dari bahagian kanan oleh sebuah kenderaan lain.
"Agak teruk bahagian tepi kereta saya termasuk tayar dan pintu akibat dirempuh. Namun, mujurlah saya tidak cedera," katanya ketika dihubungi BH Online.
Sufi berkata, dia sudah membuat laporan polis dan bakal menguruskan pelbagai perkara terutama tuntutan insurans bagi kereta yang dilanggar.
"Biarpun sudah berlalu, saya masih trauma dengan apa yang terjadi," katanya.
Sumber:BHarian